1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai
umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat
fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan
yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut
juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat
juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan
mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal
waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat
yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan
adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha
dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia.
Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin
saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar
orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran
yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah
hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan
betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh
mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh
kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak
dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan
hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga
amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri,
seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti
di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau
kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat,
menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah
juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai
sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan
ibarat sebuah kubur.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar